Sakit Mata~

Lama giler dah tak update blog. Aku sakit mata ngan ucup. Mula-mula ucup kene dulu sebelah mata. Aku ingat mata die berair sebab nak tidur. Tapi bangun dari tidur pun tak hilang merah. Hantar nursery, balik tu dedua belah pulak yang merah. Nursery tu cakap ucup sorang je yg sakit mata. Tp cam tak caya je sbb bile gi klinik, budak2 kat klinik tu cakap sakit mata tgh musim skang.

Pastu time amek ucup tu, mata aku lak gatal2. Then esoknya bangun pagi mata aku plak yang takleh bukak, berair2 toksah cakapla. Lagi teruk dari ucup. Alhamdulillah. Biar aku teruk, jgn die teruk. Siang tu asyik tido je keje aku. Tak lapar pulak. Bangun2 nak gi klinik, papa ucup bole plak suh tunggu sbb die nak tido. Eee geram betul. Dahla tak tunjuk kesian langsung, siap ckp "Gi masak megi kalo lapar". Cemna la nak masak mata bengkak2 tak nampak apa. Jalan pun pelan2. Geram sangat.. Pastu aku ckp, "sok kalo ayg sakit, dila nak buat tak tau je, nak jaga usup je".

Sakit mata satu hal, terus demam, sakit kepala. Tengok ucup takla teruk mcm aku. Mata merah tak berair sgt. Badan pun aktif je main2. Gi klinik pakai spek itam, bergaya sungguh.. haha~ doktor gelak je tengok. Tp bile bukak spek die tak gelak dah. Takkan nak gelak, mata dedua bengkak giler.

Hari ni dah ok skit. Tp pagi tadi aku gi tarik bawah mata nak tgk. Pastu tertekan sket, tetibe kuar darah kat mata putih. Terkejut gile rasa cam nak pengsan. Tapi tak sakit pun. Pastu tak berani aku nak tekan2 lagi. Buat tak tau je. Mintak2 la cepat baik.. Hoho~~ Ucup plak hari ni nampak dah elok cuma ada sikit je merah. Hari ni pn aku dah tak demam, mata pun tak berair dah cuma pedih sikit je. Ada hati ajak papa ucup pegi Jusco. Pegi jugakla sambil berspek itam. Kunun2 nampak bergaya la. Padahal mata merah.. huhu.. Ni gambar terbaru mata aku. Enjoyy!!~~ ahahah (enjoy ke?)

Zaman Orientasi

Dah lama rasanya tak update blog. Biasa la aku sengal dan sengal2. heh. Tibe2 rasa mcm mlm ni (eh ke pagi buta ni? hhe) nak tulis sesuatu. Teringat zaman muda remaja dulu (walaupun sbenarnye still muda remaja lagi - cuma dah jadi ibu..hhe). Masa orientasi zaman uni.

Tahun 2001. Dpt masuk utm. Rasa best la.. Sape yg tak hepi masuk U kan. Klau ada yg tak hepi tu, maybe adelah sbb2 yg tertentu. Tp basicnya, sapa yg dpt masuk U mestila rasa best (percubaan nak memanjangkan ayat - tak sia2 aku belaja subjek kewarganegaraan dulu.. (eh subjek ape eh? ye ke?) isi satu tp ayat di ulang2 dan dipanjangkan berjela2 supaya karangan nmpk panjang.. haha)

Mak bapak aku hntr. Dpt duduk kat blok s15. Bilik no berape eh? lupa dah. Tp bilik tgh, tgkat 2. Ada rumet orang n9 jugak. Ayat pertama die yg aku ingat sampai skang "Ai, mcm kenal je". Aik? camne die kenal aku lak ni? Tak kisahla~

Lepas tu biasala, minggu orientasi mesti ada sesi perkenalkan U. Dulu2 zaman sekolah rendah, cikgu tunjukkan bilik air. Takut budak terkencing dalam seluar gamaknye (wpun tunjuk, jer ada budak yg kencing merata..biasala darjah 1). Dekat U, yang tunjukkan bukan lagi cikgu, tp bukan jugak lecturer. Yang tunjukkan, kakak2 dan abg2 senior AJK2 kolej. Bukan tunjukkan tandas lg, cuma tunjukkan fakulti dan kawasan2 menarik (untuk dating - acah jer) dalam uni.

Teringat satu masa. Budak sebelah bilik ketuk pintu. "Kene pakai baju putih kan? Baju mcm ni boleh tak?" Sambil tunjuk baju gambar mickey mouse. Aku angguk2 "Bole jer". Petang tu masa berkumpul, aku dengan rumet berjalan sama2. Lepas tu terus aku cam die "Eh tu budak yg td datang bilik kite kan?".

Dlm orientasi, aku (mcm biasala) takde geng2 sgt. Kawan biasa je ngan semorang. Tp maybe ngan rumet lebih sikitla pasal dah satu bilik. Nak mkn ajak dia lah. Then rapat pulak dengan budak sebelah bilik td. Bilik yang sebelah lg tak rapat. Bilik depan pun tak rapat. Sbb takde orang. haha. Bilik lagi satu pun tak baper rapat, sbb kulit lain. Tp aku bukan racist. heh.

Masa orientasi lah kenal budak itu, budak ini, abg itu, abg ini, kakak itu, kakak ini. Oh ye, time orientasi dlm byk2 budak lelaki, aku kenal rapat ngan Qais je. Sbb die jiran aku yg dpt koz sama wpun kolej lain. Penah borak2 (bergayut) dalam tepon, sampai rumet aku ingat kitorang couple. Ntahpapentah. haha.

Ada satu sessi, main perang2. Ada kerajaan, ada musuh. Aku jd kerajaan, tak best pun sbb kene serang. Naik balai cerap (bukit yg boleh tgk pemandangan u). Lepas tu kene bersedia dr serangan musuh. Dan akhirnya kalah. Aku dah agak. Main baling2 belon isik air. Seronok jugak. hhe.

Ade satu rahsia zaman orientasi ni. haha. reveal kat sini. Aku penah minat sorang budak itam. (ayg jgn marah tau, ni citer dulu2 je..hikhik) Tp bibir die merah gile ah. Rambut die lurus dan belah tengah. Budak koz ape aku dah lupe. Rasenye budak letrik, takpun mechi. Siap buat wallpaper. Tp cuma beberapa jam je sbb malu ngan rumet. haha~ Rumet aku biasala, suka nak besar2kan perkara2 remeh camni.. hahaha~ Tp citer tu habis camtu je.

Tetibe rasa cam nak mengata rumet aku tu plak. Die siap berangan nak kawin kat uni. Buat khemah kawin dari kolej ke dewan. haha. Kelaka. Ade "Abg Ana", "Abg Beca", dan abg ape2 ntah yg aku tak ingat dah gelarannye. Biasala zaman orientasi, mana ada nampak abg2 lain, nmpk AJK2 je la. Start nmpk yg lain, time kelas dah start. Then senior pun masuk.

Oh ye, orientasi tak lengkap kalau takde sesi persembahan sbg penutup. Aku join koir ngan lakonan. Berlakon jadi arkitek dengan rumet. Atas pentas, aku ngan die sengih2 pandang each other. Tak kisahla, bukan org nmpk pun. Org terlalu jauh kat bawah pentas. Dewan besar. Lepas berlakon, lari2 belakang pentas pegi kump. koir plak. Tercungap2 nak nyanyi. Penat punye pasal sampai lupe lirik. Bantai jela, asal mulut terkumat kamit. haha.

Rasanya tu je kut nak cite pasal zaman orientasi ni. Kalau aku rajin, next post citer pasal zaman lain plak. hehe.

kene tag dgn nana

Nana seorang yang tidak mudah berputus asa. Buktinya ini. Die sukelah sangat nak tag haku bertubi-tubi walaupun aku jaghang-jaghang sekhali membuatnye~ Ole kerana mlm ini daku terlebih rajin dari kebiasaan, dan Yusuf pun memberikan kerjasama yang terbaek dengan tido sambil liuk lentuk mcm ahli gimnastik. Maka, Nana terimalah~~

1. Bekas kekasih saya – sangat gemuk...kkakaka~

2. Saya sedang mendengar – suami saye gelak2 bersame teman sepermainan online xboxnye.

3. Mungkin saya patut – tido

4. Saya suka – menari bogel..haha

5. Sahabat-sahabat saya – korang. Kecuali si bodo yang tak reti bawak kete tengahari dan petang tadi. Huh~!

6. Saya tak faham – cakap bos saya..hahaha~

7. Saya kehilangan – iman dan takwa. (-.-!) Saya sudah insaf! (sambil berposing dengan gaya sexy seperti artis di hadapan megazine)

8. Ramai yang berkata – saya comel..hahaha

9. Cinta itu adalah – modal buat lagu melayu

10. Di suatu tempat, seseorang sedang – main xbox sambil bogel (*,*)~~

11. Saya akan cuba – menyahkan bos saya, dan menjadikan diri sendiri sbg bos. haha!

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud – set kesuburan untuk lelaki

13. Telefon bimbit saya – dah lama giler

14. Bila saya terjaga – saye kejutkan suami saye untuk membuat susu untuk yusuf yang menjagakan saya dari tidur.

15. Saya paling meluat – orang yang bertanya tapi taknak terima jawapan

16. Pesta/parti adalah – tarian bogel beramai-ramai

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – sugar glider

18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – 18-23

19. Hari ini – saya bawak balik bumbo baby sitter utk yusuf. Tp bak kata Zila "Elleh kite dulu2 takde kusi ni pun bole je duduk" wahaha~ u r veri-veri de rait!

20. Malam ini saya akan – menjagakan pikin lagi untuk membuat susu sekiranya yusuf bangun.

21. Esok pula saya akan – menjadi bisnes woman yang bejaya memperdayakan para pekerja wanita di tmpt saya bahawa mereka akan kelihatan lebih cantik dengan memakai tudung yang saya jual.

22. Saya betul-betul inginkan – wang emasssss... wang emassss.....

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini – takde perasaan.

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan – alamandut

25. Makanan Barat atau Jepun? – dedua bole

26. Bilik yang terang atau gelap? – depend la nak buat ape.. wahaha~ tetibe cam terdabel mening plak!

27. Makanan segera adalah – fast food

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – ellleehhhh

29. Lepas ini saya akan – tido

30. Siapa yang anda ingin tag – Mizah, Murni, Aida. Come on bebeh, lets duit!

Little Black Dress

Haiyah!! Just bought but then hv to sell.. Reason? Because i'm too lazy to try the outfit before buying. Another one, because I thought I'm still slim.. :P.. ahaha

This is what i call Little Black Dress.. from ELLE. The retail price is RM199. But i'm selling at RM100. The size is 36. (I still can wear, just a bit tight at the bottom... huhuhu~~~!!) Interested? Please leave a comment. Thanks~!



yuhu~

Lama dah tak update blog.. hehe.. maaflah ye.. bz sket lately + internet kat umah yang asek putus2 sbb mcm2 reason oleh tm. Kalau tak kerana kemudahan nak mendonlod movie secara haram, en. pikin dah nak tukar celcom dah.. huhu...

Yusuf skang dah 3 bulan setengah. Dah pandai ketawa lebih sikit la dari dulu. hehe. Dah pandai meniarap sendiri. Kalau biar lama2 nanti nangis sbb penat meniarap, belum pandai lagi nak menelentang sendiri. Hari tu inject, beratnye dah 6.4kg. Patutlaa penat nak mendukung si kecik ni.

Yusuf dah ada peel baru. Dah tak berapa suka tido dalam buai. Bukan ape, sbenarnye die lawan mata taknak tido. Nak main je kejenye. Jadi kalau taruk dalam buai mcm tau2 je nak suruh die tido. Aku selalu nak suruh die tido sbb kang kalau lambat tidur mula la nak mengamuk si ketot ni. Cuba kalau taknak tido nak main tu main aje. Toksah le ngamuk... hihihi...

Walaucemanapun, kat ofis tu kadang2 bile tgh wat keje, teringat2 plak kat putera sorang tu. Rindu je mama kat die. So far, nursery jaga die oklah. Mmg bersih. Baby pun die jaga 4 orang je. Yang selebihnye kanak2.

Oh ye, Mizah dah pun selamat bersalin. Tahniah lah ye. Comel baby die. Putih je ikut mama ngan ayahnye. Mizah msg, takleh tido mlm sbb baby die asek nak nyusu je.. hihi.. Sabar ye mama mizah, awal2 je tu. InsyaAllah lama2 makin kurang bangun malam. Kalau penat malam2 tu, kejutlah Faiz ke, maid ke, mntk tolong apa2 yang patut. Jgn buat sorang2, penat bersalin pun belum habis lagi.

Kawan2 aku yang lain pun perut makin membesar. Yuni dah masuk 7 bulan. Dah start checkup 2 minggu sekali. hihi.. tak lama lagi je tu, lagi 2-3 bulan je. Pastu ko plak merasa ye Yuni.. hihi.. Pastu Ana plak, pastu Zila.. bestnye!~ Nanti kite jalan2 sama2 bawak anak masing2 ye!

Hmm.. okla, sambung next time. Nak join Pikin main Wii. Nampaknye die tg semangat berlatih nak kalahkan aku yang tere ni.. haha~ bubai!

Berita hangat lagi sensasi!

Aku: Kak Ila, tau tak Influenza dah sampai Msia?

K.ila : yeke??

Aku : Haah, kan saya dah forward email kat Kak Ila. Tu tgk la.. Diorang dah wat kenyataan akhbar.

K.Ila : Eleh bole caya ke ni? Betul2 dah kuar paper?

Aku : Saya ada gak nak cari berita ni kat paper. Tp bile bukak Utusan online ada lagi berita lain yang lebih gempar menarik perhatian saye~!

K.Ila : Ape plak?

Aku : Norman Hakim 'berpeluh-peluh' ketika ditangkap khalwat.

Yusuf Rayyan lagi~!

Hihi.. balik2 citer pasal yusuf ye? Sorila kengkawan, topik aku mmg akan berkisar pasal baby kesayangan aku ni. hehe.. Yusuf skang aku ngan en. Pikin yang jaga. Dah seminggu lebih dah Yusuf dibawak balik ke Bangi. Bestnye jaga baby sendiri. Hari2 boleh tgk dia.

First time hntr nursery, takut jugak. Kalau boleh nak balik cepat2 nak tgk condition die. Tengahari aku siap call nursery dan tanya susah tak jaga baby aku tu. Tapi kakak tu cakap "senang je jaga anak kamu". Alhamdulillah.. Lepas tu petang sikit, aku call en. Pikin plak, cakap yg aku risau. huhu.. Pastu balik je dari keje terus amik Yusuf dan tengok character die ada ubah tak. Tapi alhamdulillah sbb nampak die dalam mood baik, lepas tu bersih je.

Yusuf ada ruam kat pipi dia. Aku terpaksa bawak gi jumpa doktor untuk amik ubat ruam. Bile pakai, cepat je baik. Tapi tangan Yusuf kene bedung sbb kalau lepas asik nak menggosok je pipi dia tu. Nanti ruam naik balik kalau dibiarkan. Sabtu lepas kitorng bawak Yusuf pegi injection die yang pertama. Takut jugak aku kalau die menangis ke menjerit ke. Tapi rupenye tak, nangis sikit je and sekejap sangat. Anak mama kan strong~~ hehe.. Bulan depan nanti kene inject lagi untuk bulan ketiga. Lepas tu bulan kelima pulak.

Bestnye bile balik keje dapat main2 ngan Yusuf. Bile agah die pandai senyum, pandai mumbling. Letak je dalam play tent bukan main suka lagi die bercakap2. Ralit die tgk mainan gantung2, kaki die pun dok tendang2 bawah tu ada bunyi2. Main sorang2 gitu je sampai penat mintak susu. Yusuf minum susu campur. Ada susu badan, ada susu formula. Papa rajin buatkan susu untuk Yusuf tau. Saaayaaaanggg papa! ^_^

Tak sabar nak bawak Yusuf jalan2 naik stroller die. Bestnye~! hehe.. Kat bawah ni ada video Yusuf baru amik petang semalam lepas keje. Enjoy!~